Jul 1, 2009

Filem "TAUBAT JALANG" wajar dibuat penapisan semula secara penuh!



Semakin hari, semakin banyak muncul filem-filem baru sama ada berunsur seram, komedi, romantik, kemasyarakatan dan sebagainya. Tidak cukup dengan filem Bohsia yang bersifat kontroversi kini timbul pula filem yang lebih panas dan kononnya membawa penonton kepada realiti kehidupan hari ini... iaitu "Taubat Jalang...". Taubat + Jalang maksudnya bagaimana?

"Watak Maria, perempuan yang menggunakan kuasa seks untuk meraih kesenangan dan kejayaan yang dilakonkannya dalam filem Jalang keluaran De’Baron Sdn Bhd, dilihat cukup panas dan mampu mengetengahkan bakat baru yang cantik ini untuk lebih dikenali dalam industri hiburan tanah air.
Keputusan De’Baron menghasilkan filem Jalang sebagai produk pertama mereka dalam dunia perfileman, pastinya membuka mata ramai pengikut filem Melayu. Judulnya saja sudah menggambarkan isi kandungan cerita, walaupun pada hakikatnya sebuah mesej lain ingin disampaikan pada kesudahan.

Filem yang asalnya menggunakan judul Taubat Jalang: Neraca Dunia kini hanya tinggal Jalang, hasil perbincangan syarikat produksi terbabit bersama Lembaga Penapisan Filem (LPF). Sesuai dengan judul asal, ia sebenarnya ingin menceritakan betapa wanita yang sekotor Maria sekali pun, ingin berubah apabila sampai masanya."
petikan dari Bharian.com.my

Rupa-rupanya, LPF hanya tukar tajuk.. selebihnya adalah mendapat kelulusan penuh oleh mereka. Filem arahan Nazir Jamaluddin ini menggambarkan watak maria yang amat teruk, seolah-olah wanita itu menjadikan maruah sebagai barang jajaannya. Cuba sahabat-sahabat renung dengan pasti, adakah filem-filem yang sebelum ini seperti sepet, Gubra, Akhirat, Bohsia, dan filem yang lain-lain semua mampu menyedarkan masyarakat?

Ibarat sebiji karipap, baik buruk karipap tu pasti akan kembali kepada pembuatnya juga.. pembersih ke... pengotor... pembuat karipap ni faqih ke cara-cara buat karipap yg sedap? atau sekadar nak cuba-cuba.. asal sedap, laris dijual tu kira okla.. Begitu juga dengan Filem dan pembuatnya. Jika filem yang dihasilkan dengan niat menginsafkan orang ramai.. perlu juga dilihat isinya, mana yang lebih dan mana yang kurang. Juga perlu dirujuk pada ahlinya. Jika menurut keratan akhbar lalu..
"ia sebenarnya ingin menceritakan betapa wanita yang sekotor Maria sekali pun, ingin berubah apabila sampai masanya..."

Ajal tidak menunggu kita, dan taubat tak pernah mencari masa... " bilalah sesuai 'aku' nak keluar..". Jika kita fikirkan, ajal maut yang ditetapkan, bekalan akhirat yang masih kosong adakah kitakan menunggu masanya untuk berubah. Saya mengesyorkan pihak yang terlibat dalam pembabitan filem ini koreksi sebaik-baiknya. Benarkah apa yang kamu semua fikirkan? Silalah merujuk pada yang faqih sebelum membuat keputusan kerana tindakan kamu ini bukan sahaja bakal memberi kesan buruk dalam masyarakat malah ia juga satu gambaran buruk bagi umat Islam sendiri.

Saya tidak segan silu menyatakan BANTAHAN terhadap filem ini. Sudah lapuk dengan filem-filem lain yang tidak menyedarkan masyarakat langsung, malah lagi mendekatkan masyarakat ke arah dunia barat PENJAJAH.

Sekadar pandangan dari saya.


Fasihah Pauzi.



1 comments:

rxz2348 said...

xperlu pemotongan kekalkan kualitinya begitu ini akan lebih menyedarkan org ramai akan pempuan di labelkan jalang dan kualitinya tidak terjejas..lg pun ia 18pL kan..had kan umur yg menonton di panggung dan periksa sorang demi sorang di pintu masuk panggung..

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates