Aug 21, 2009

Ramadhan : suburkan dengan ketaqwaan


Semua umat Islam menantikan kehadiran Ramadhan.. bulan yang mana di dalamnya penuh Rahmat dan Keberkatan. bulan yang ditunggu kehadirannya setiap tahun bagi merebut ganjaran pahala yang berlipat kali ganda.

Abu Hurairah telah berkata, Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : "Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu" (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


Marilah kita bersama-sama merebut kelebihan di bulan mulia ini. Perbanyakkanlah amalan dan ibadah kepada Allah. Banyakkan bersedekah, membaca Al-Quran, berzikir, belajar dan menyampaikan ilmu serta tingkatkan ketaqwaan kepada pencipta kita, Allah s.w.t






...Peluklah Ramadhan kali ini seerat mungkin, kerana tiba masanya kita terpaksa melepaskannya, Andai Ramadhan ini yang terakhir, moga ia yang terbaik di sisiNya...

Salam Ramadhan...Selamat Berpuasa...

Template by:
Free Blog Templates