Jul 2, 2009

Tegar dan Teguh, KEKUATAN ahli gerakan Islam.


Menjadi seorang Daie bukanlah satu perkara yang mudah, apatah lagi jika jika ia terlibat terus dalam tanzim gerakan Islam. Hati yang teguh dan tegar menjadi tunjang kekuatan bagi individu dan ahli-ahli gerakan tersebut. Dengan meletakkan matlamat, visi dan misi demi kebangkitan agama Allah semestinya menempah pelbagai mehnah, tribulasi serta pelbagai persepsi dari pelbagai pihak termasuklah yang kita selalu lihat pada tokoh-tokoh gerakan Islam yang lain seperti as-Syahid Hasan al-Banna, Sayyid Qutb, Zainab al-Ghazali, al-Maududi, Hasan al-Hudhaibi, Syeikh Ahmad Yassin dan banyak lagi. Mereka semuanya mendapat tentangan dan ujian yang amat besar termasuklah fitnah yang ditujukan terhadap mereka.

Ikhwanul Muslimin, dahulunya pernah difitnah membuat pakatan ingin membunuh pemerintah ketika itu, Jamal Abdul Nasir. Tanpa bukti yang kukuh, figure-figure gerakan Islam mudah sahaja ditangkap malah dipaksa untuk mengaku bersalah, diseksa dan dibunuh oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Justeru, sifat 'THABAT' wajib pada setiap daie gerakan Islam dahulu hingga kini. Keyakinan diletakkan hanya kepada Allah swt dan apa yang penting adalah "JANJI ALLAH ITU PASTI."


Ramai di kalangan kita masih keliru, bagaimana dan apakah yang menjadi tunjang kepada sifat thabat bagi seorang daie? Semestinya bagi seorang daie gerakan perlu :

1. Dekat dengan al-Quran.

"Katakanlah (wahai Muhammad): Al-Quran itu diturunkan oleh Ruhul Qudus (Jibril) dari Tuhanmu dengan cara yang sungguh layak dan berhikmat, untuk meneguhkan iman orang-orang yang beriman, dan untuk menjadi hidayah petunjuk serta berita yang mengembirakan bagi orang-orang Islam. (Surah An-Nahl:102)


2. Memahami Ciri-ciri Perjuangan Jalan Dakwah.

Perjuangan di jalan dakwah bukanlah ditaburi bunga-bunga harum, bukan setakat beronak duri malah lebih dari itu. Seorang daie yang benar-benar berjuang di medan pasti akan diuji sama ada dari aspek emosi atau fizikal. Bahkan lebih teruk lagi jika diuji dengan kedua-duanya.

Perlu difahami juga, onak ranjau ini tidak pernah mengikut umur seseorang, tetapi ia mengikut jalan hidup seseorang di muka bumi Allah swt. Allahu a'lam. Sesekali daie itu akan diuji dengan keluarga mereka, pelajaran, masyarakat, pemerintah dan sebagainya. Begitulah besarnya persediaan yang perlu dibuat oleh para daie.

"Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari Syaitan-syaitan manusia dan jin, setengahnya membisikkan kepada setengahnya yang lain kata-kata dusta yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya. Dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah mereka tidak melakukannya. Oleh itu, biarkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan (dari perbuatan yang kufur dan dusta) itu. "

"Dan juga supaya hati orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat cenderung kepada bisikan itu, dan supaya disetujui oleh mereka, dan juga supaya mereka (terus) melakukan apa yang mereka lakukan itu. "

(Surah al-An'aam: 112-113)


3. Iltizam dengan Syariat Allah swt dan amalan Soleh

Allah menetapkan (pendirian) orang-orang yang beriman dengan kalimah yang tetap teguh dalam kehidupan dunia dan akhirat; dan Allah menyesatkan orang-orang yang berlaku zalim (kepada diri mereka sendiri); dan Allah berkuasa melakukan apa yang dikehendakiNya. (Surah Ibrahim : 27)

Mereka yang rajin serta beriltizam dengan syariat Allah akan memiliki keteguhan menghadapi ujian daripada Allah swt.


4. Yakin, masa depan ditangan Islam.

Sunnatullah, Pertempuran Iman dan kufur, Haq dan Bathil maka kemenangan tetap pada Iman dan al-Haq.

Wahai orang-orang yang beriman! Jadikanlah diri kamu pembela-pembela (ugama) Allah sebagaimana (keadaan penyokong-penyokong) Nabi Isa ibni Maryam (ketika ia) berkata kepada penyokong-penyokongnya itu: "Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan ugamaNya)?" Mereka menjawab: "Kamilah pembela-pembela (ugama) Allah!" (Setelah Nabi Isa tidak berada di antara mereka) maka sepuak dari kaum Bani Israil beriman, dan sepuak lagi (tetap) kafir. Lalu Kami berikan pertolongan kepada orang-orang yang beriman untuk mengalahkan musuhnya, maka menjadilah mereka orang-orang yang menang. (Surah as-Saff :14)


5. Nikmat syurga Allah, azab Neraka dan mengingati mati.

Manusia sememangnya akan berasa sukar dalam menghadapi sesuatu ujian namun, jika mereka tahu dan ingat akan ganjaran-ganjaran yang dijanjikan oleh Allah swt pasti kesulitan itu bakal menjadi ringan oleh mereka. Begitu juga dengan azab seksa akhirat yg pedih jika dibandingkan dengan ujian-ujian perjuangan cukup berbeza.

Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami, Kami akan membakar mereka dalam api neraka. Tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (Surah an-Nisa' : 56)


6. Zikir dan Doa

"Dan apabila mereka (yang beriman itu) keluar menentang Jalut dan tenteranya, mereka berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir." (Surah al-Baqarah : 250)

"Ya Allah, Yang Membolak-balikkan hati-hati manusia, teguhkanlah hatiku di atas agamaMu." (HR. Tirmidzi)


Sesungguhnya dalam kepayahan, ada kesenangan. Saya mengharapkan kalian, sahabat-sahabat seperjuangan tidak mudah goyah dengan ujian-ujian yang seringkali menghinggap kita. Perteguhkan akidah, perkukuhkan barisan pejuang serta yakin dengan janji Allah swt. InsyaAllah kejayaan itu milik kita yakni ISLAM.


Bersama berusaha untuk ISLAM dibumi kita.
wallahu a'lam.

Jul 1, 2009

Filem "TAUBAT JALANG" wajar dibuat penapisan semula secara penuh!



Semakin hari, semakin banyak muncul filem-filem baru sama ada berunsur seram, komedi, romantik, kemasyarakatan dan sebagainya. Tidak cukup dengan filem Bohsia yang bersifat kontroversi kini timbul pula filem yang lebih panas dan kononnya membawa penonton kepada realiti kehidupan hari ini... iaitu "Taubat Jalang...". Taubat + Jalang maksudnya bagaimana?

"Watak Maria, perempuan yang menggunakan kuasa seks untuk meraih kesenangan dan kejayaan yang dilakonkannya dalam filem Jalang keluaran De’Baron Sdn Bhd, dilihat cukup panas dan mampu mengetengahkan bakat baru yang cantik ini untuk lebih dikenali dalam industri hiburan tanah air.
Keputusan De’Baron menghasilkan filem Jalang sebagai produk pertama mereka dalam dunia perfileman, pastinya membuka mata ramai pengikut filem Melayu. Judulnya saja sudah menggambarkan isi kandungan cerita, walaupun pada hakikatnya sebuah mesej lain ingin disampaikan pada kesudahan.

Filem yang asalnya menggunakan judul Taubat Jalang: Neraca Dunia kini hanya tinggal Jalang, hasil perbincangan syarikat produksi terbabit bersama Lembaga Penapisan Filem (LPF). Sesuai dengan judul asal, ia sebenarnya ingin menceritakan betapa wanita yang sekotor Maria sekali pun, ingin berubah apabila sampai masanya."
petikan dari Bharian.com.my

Rupa-rupanya, LPF hanya tukar tajuk.. selebihnya adalah mendapat kelulusan penuh oleh mereka. Filem arahan Nazir Jamaluddin ini menggambarkan watak maria yang amat teruk, seolah-olah wanita itu menjadikan maruah sebagai barang jajaannya. Cuba sahabat-sahabat renung dengan pasti, adakah filem-filem yang sebelum ini seperti sepet, Gubra, Akhirat, Bohsia, dan filem yang lain-lain semua mampu menyedarkan masyarakat?

Ibarat sebiji karipap, baik buruk karipap tu pasti akan kembali kepada pembuatnya juga.. pembersih ke... pengotor... pembuat karipap ni faqih ke cara-cara buat karipap yg sedap? atau sekadar nak cuba-cuba.. asal sedap, laris dijual tu kira okla.. Begitu juga dengan Filem dan pembuatnya. Jika filem yang dihasilkan dengan niat menginsafkan orang ramai.. perlu juga dilihat isinya, mana yang lebih dan mana yang kurang. Juga perlu dirujuk pada ahlinya. Jika menurut keratan akhbar lalu..
"ia sebenarnya ingin menceritakan betapa wanita yang sekotor Maria sekali pun, ingin berubah apabila sampai masanya..."

Ajal tidak menunggu kita, dan taubat tak pernah mencari masa... " bilalah sesuai 'aku' nak keluar..". Jika kita fikirkan, ajal maut yang ditetapkan, bekalan akhirat yang masih kosong adakah kitakan menunggu masanya untuk berubah. Saya mengesyorkan pihak yang terlibat dalam pembabitan filem ini koreksi sebaik-baiknya. Benarkah apa yang kamu semua fikirkan? Silalah merujuk pada yang faqih sebelum membuat keputusan kerana tindakan kamu ini bukan sahaja bakal memberi kesan buruk dalam masyarakat malah ia juga satu gambaran buruk bagi umat Islam sendiri.

Saya tidak segan silu menyatakan BANTAHAN terhadap filem ini. Sudah lapuk dengan filem-filem lain yang tidak menyedarkan masyarakat langsung, malah lagi mendekatkan masyarakat ke arah dunia barat PENJAJAH.

Sekadar pandangan dari saya.


Fasihah Pauzi.



Template by:
Free Blog Templates