May 26, 2009

gender dan wanita : politik serta kepimpinan

Gerakan feminisme di Malaysia sangat dipengaruhi oleh gerakan feminisme Barat yang lebih bermotifkan reformasi sosial dan politik golongan wanita. Gerakan ini mengeksploitasi pelbagai bentuk isu dalam masyarakat khususnya yang melibatkan wanita seperti isu kesetaraan gender, diskriminasi, poligami, pekerjaan, keadilan sosial dan sebagainya. Mereka menjadikan isu kesamarataan jantina sebagai asas perjuangan mereka.

Oleh kerana itu, bagi mereka, untuk menyelesa
ikan permasalahan yang dihadapi masyarakat, perlu wujud kesetaraan peranan antara wanita dan lelaki dalam segala bidang termasuk politik.

Peranan wanita Malay
sia dalam bidang politik dilihat bermula dengan Halimaton Saadiah yang bertanding dalam pilihan raya Persekutuan Tanah Melayu yang pertama pada tahun 1955. Pelantikan Fatimah Haji Hashim sebagai Menteri Kebajikan Am pada 20 Mei 1969 semakin menyemarakkan penglibatan wanita dalam politik negara. Beliau yang memegang jawatan menteri dari tahun 1969 sehingga tahun 1973 merupakan satu-satunya menteri wanita pada masa itu. Setelah masa beliau, jumlah wanita dalam parlimen semakin meningkat. Bagaimanapun, penglibatan kedua-dua tokoh wanita di atas dalam pilihan raya telah menjadi pemangkin bagi para wanita untuk mengikuti jejak langkahnya dari masa ke semasa hinggalah ke pilihan raya tahun lepas. Wanita Malaysia terus melakar sejarah setelah berjaya merebut 24 kerusi parlimen dalam Pilihanraya Umum 8 Mac 2008 yang merupakan 10.81 % daripada 222 jumlah kerusi parlimen yang dipertandingkan, manakala sejumlah 40 kerusi dewan undangan negeri (DUN) atau 7.92% dari 505 kerusi DUN telah berjaya ditawan.

Meskipun jumlah wanita yang berjaya menembusi tembok Parlimen belum memenuhi kuota minima 30% seperti yang diharapkan, The Joint Action Group for Gender Equality (JAG) percaya bahawa dalam jangka masa 7 tahun lagi, sasaran 30% jumlah wanita sebagai ahli parlimen akan dapat dicapai. Mereka merasa yakin kerana pada masa kini setengah dari jumlah pemilih adalah wanita selain dari ramainya calon wanita yang bertanding dalam pilihan raya tahun lepas. Bagaimanapun, mereka sangat menekankan bahawa dengan ramainya wanita dalam Parlimen, masalah yang dihadapi masyarakat, khususnya yang melanda kaum hawa akan dapat diselesaikan.

Apa yang mereka perjuangkan sebenarnya amat penting untuk kita persoalkan. Benarkah dengan bertambahnya jumlah wanita di parlimen, masalah wanita akan dapat di selesaikan?

Mungkin kita perlu merenung dengan m
endalam kisah yang terjadi di Argentina. Di negara Amerika Latin ini, jumlah wanita yang berada di Kongres Kebangsaan (National Congress) telah mencapai 40% tapi masalah wanita tetap tidak dapat diselesaikan. Kaji selidik yang dijalankan oleh The National Women's Council (Consejo Nacional de la Mujer, CNM) menerusi sebuah artikel yang terdapat di akhbar online iaitu Minuto Uno mengatakan bahawa setiap seorang dari tiga wanita Argentina telah mengalami penderitaan fizikal, psikologi, seksual dan keganasan ekonomi di dalam rumah. Selain itu, di wilayah Buenos Aires, 70 peratus daripada 9,000 hingga 11,000 panggilan kecemasan setiap tahun adalah panggilan yang berkaitan dengan kekerasan jantina [La Nación 3 Dec. 2007; El Siglo 29 Sept. 2007]. Ini merupakan salah satu bukti bahawa banyaknya jumlah wanita di Parlimen tidak menjamin permasalahan yang dialami kaum ini dapat diatasi.

Apa yang terjadi di Argentina sebenarnya adalah sesuatu yang perlu kita fikirkan.

Benarkah masalah yang dihadapi wanita adalah masalah gender (ketidak setaraan gender antara lelaki dan wanita)...?

Seandainya ini adalah benar, mengapa dengan ramainya jumlah lelaki di parlimen permasalahan yang dihadapi lelaki masih juga melimpah...?

Ini adalah kerana dari segi faktanya, sebahagian besar pencuri, pemerkosa, perompak dan penganggur adalah lelaki. Jadi, bagaimana atau ap
akah kesetaraan gender antara lelaki dan wanita yang sebenar...?

Perlukah wanita memimpin lelaki atau sebaliknya...?

Juga, apakah sebenarnya peranan wanita dalam politik....?

Kesetaraan gender yang dibawa oleh golongan feminis ini sama sekali tidak ada dalam Islam. Idea ini muncul di Barat pada masa pencerahan (enlightenment era) ketika para wanita bangkit untuk menuntut hak
-hak mereka. Ini terjadi kerana sebelum masa pencerahan, iaitu di zaman gelap (dark ages), para agamawan yang mengatasnamakan Tuhan telah mendominasi sistem di dalam masyarakat dengan tidak memberikan hak kepada wanita untuk terlibat dalam urusan umum seperti menuntut ilmu, bekerja di luar ataupun berpolitik. Bahkan yang paling ekstrem, keberadaan perempuan pun masih dipertikai: apakah mereka makhluk atau bukan? Amat memilukan kerana pada masa itu, wanita Eropah benar-benar telah kehilangan kemuliaannya.

Kesetaraan (equality) dalam perspektif Islam



Kondi
si yang dialami para wanita di Barat sangat berbeza dengan yang dihadapi oleh para Muslimah di dunia Islam. Dalam dunia Islam, para wanita diperlakukan dan dilayani sebagai manusia, iaitu mereka (wanita) dan lelaki adalah makhluk Allah. Selain itu, dalam dunia umum, wanita diberi kesempatan dan peluang untuk menimba ilmu dan berpolitik. Hal ini dapat kita lihat pada masa Rasulullah s.a.w dan Umar bin Al-Khatab r.a, yang mana Nabi s.a.w mengajarkan Al-Quran kepada kaum wanita dan juga menerima baiat dari dua orang perempuan pada masa Baiat Al-Aqabah II. Selain itu, pada masa Umar bin Al-Khattab r.a ada seorang wanita yang menegur Umar kerana ingin menetapkan jumlah mahar perkahwinan.

Akan tetapi dari semua kesetaraan yang ada, kesamaan yang paling mendesak yang perlu kita sedari adalah adanya persamaan hak dan kewajiban untuk bertakwa kepada Allah
s.w.t.

Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam” [TMQ Ali-Imran:102].

Allah
s.w.t tidak membezakan kemuliaan seseorang berdasarkan jenis kelaminnya tetapi menjadikan ketakwaan sebagai tolok ukur atau ‘standard’ kemuliaan seseorang. Jadi, inilah persamaan yang semestinya para wanita perjuangkan.

Persamaan untuk menerapkan syariat Islam, untuk menjadi manusia yang bertakwa, serta manusia yang mulia di dunia dan akhirat.

Justeru, seandainya wujud perbezaan peranan dan cara mengatur urusan wanita dalam Islam, itu bukanlah suatu masalah kerana yang menentukannya adalah Sang Pencipta kepada
lelaki dan perempuan iaitu Allah S.W.T. Jadi, apa pun peranan yang Allah berikan, pasti akan mendapatkan pahala di sisi-Nya. Di sini kita boleh menilai bahawa keadilan di dalam Islam adalah adanya kesamaan hak dan kewajiban untuk melakukan ibadah. Akan tetapi dalam hal peranannya, adil bukan bererti sama tetapi (adil) adalah menempatkan segala sesuatu sesuai dengan tempatnya. Alhamdulillah, untuk menghindari perdebatan di antara manusia, Allah menjadikan penentuan peranan antara lelaki dan wanita sebagai hak Nya


Politik Wanita dalam Pandangan Islam


Sebelum melanjutkan pada pembahasan politik perempuan dalam pandangan Islam, perlu diketahui bahawa politik dalam Islam sangat berbeza dengan politik dalam pandangan sekularisme.

Tujuan berpolitik dalam Islam bukanlah untuk meraih kekuasaan seperti yang terjadi pada masa kini sebaliknya tujuan politik adalah ‘ria’yah asy-syu’un al-ummah’ (mengatur urusan umat). Mengatur urusan umat bererti menjamin seluruh permasalahan umat diselesaikan dengan aturan Allah.
Jadi, kemampuan berpolitik bukan hanya menjadi hak dan kewajiban para penguasa, malah seluruh umat Islam, termasuk kaum wanita.

Sayangnya hal ini tidak disedari oleh sebahagian besar umat Islam, menyebabkan mereka terjebak dalam sistem demokrasi yang membawa bencana pada diri mereka sendiri. Tidak ketinggalan dengan para Muslimahnya yang mana atas nama demokrasi, mereka menuntut hak untuk duduk di Parlimen, seterusnya menggubal undang-undang yang dapat “menguntungkan” kaum perempuan. Padahal, seharusnya mereka tahu bahawa pada hakikatnya, siapa pun yang menduduki kerusi parlimen adalah manusia-manusia yang ingin mensejajarkan dirinya dengan Allah s.w.t dalam membuat hukum. Dengan hanya berusaha meraih suara majoriti, mereka dengan berani membuat hukum yang akan diterapkan, walhal hak membuat hukum itu hanyalah pada Allah. Padahal kepada siapa mereka akan kembali dan kepada siapa mereka akan mempertanggungjawabkan semua perbuatan mereka kalau bukan kepada Allah s.w.t, yang telah menciptakan mereka.

Kewajiban berpolitik sebenarnya merupakan sebahagian dari dakwah Islam. Islam mewajibkan seluruh kaum Muslim sama ada lelaki mahupun wanita untuk berdakwah mengajak kepada yang maaruf dan menjauhi yang mungkar. Amar maaruf nahi mungkar ini bermaksud menyeru untuk bertakwa kepada Allah Subhanahu wa Taala dengan menerapkan seluruh hukum syariat-Nya.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.” [TMQ Ali-Imran (3):104].


Perlu kita ketahui, ayat ini diturunkan di Madinah yang merupakan negara Islam dan hukum-hukum yang diturunkan di Madinah bukan hanya mengatur bagaimana cara beribadah kepada Allah s.w.t sahaja, tetapi juga yang mengatur sistem kehidupan. Pada saat itu, hukum-hukum yang mengatur masyarakat seperti sistem kewangan (dinar-dirham), politik luar negara, uqubat, sistem ekonomi, sistem kewangan, pemerintahan dan pendidikan telah diturunkan. Oleh kerana itu, agar kaum Muslimin dapat menjalankan kewajipannya untuk melakukan amar maaruf nahi mungkar mereka harus memiliki kesedaran berpolitik. Oleh yang demikian, sama ada lelaki mahupun wanita, mereka mempunyai hak yang sama untuk berdakwah amar maaruf nahi mungkar.

Dalam hal ini juga, kita mestilah membezakan persoalan pembabitan wanita di dalam politik dengan pembabitan wanita di dalam pemerintahan. Seorang Muslimah dibolehkan, malah diwajibkan berpolitik, namun diharamkan menjadi pemerintah atau apa jua jawatan yang terkait dengan pemerintahan.



Lelaki dan wanita dalam Islam memiliki hak dan kewajipan yang sama untuk bertakwa kepada Allah s.w.t. Kebahagiaan yang mereka capai juga sama iaitu menggapai keredhaan Allah s.w.t Tujuan hidup inilah yang semestinya menjadikan lelaki dan wanita menerima segala peranan yang telah ditetapkan oleh Al-Khaliq. Pada saat dan ketika ini, menegakkan kembali Khilafah sebagai sebuah institusi yang menerapkan dan menjaga syariat Islam adalah merupakan satu kewajipan untuk seluruh umat Islam sama ada lelaki mahupun wanita. Di sinilah sebenarnya ruang yang diberikan Allah s.w.t kepada wanita untuk terlibat dan terjun ke dalam dunia politik.

Wallahu ‘alam


Apr 11, 2009

Perjuangan 'EXAM'

Alhamdulillah, semester ini semakin dipenghujungnya. Mahasiswa UM semakin merasai bahang final exam yang akan menjelma dalam seminggu sahaja lagi. Fikiran masing-masing mula tertumpu kepada buku-buku, meja study, nota-nota ringkasan dan sebagainya. Manakala surau mulai penuh dengan solat hajat, zikir2 dan seumpamanya. Fenomena-fenomena yang digambarkan saban tahun berlaku dan kadangkala sedar tak sedar begitulah fitrah hidup seorang manusia selaku hamba kepada Penciptanya. Walau jauh pun berlari, namun saat kesusahan dirasakan tetapkan kembali kepada Allah swt.

Namun, peperiksaan bukan sebab untuk kita mengenepikan gerak kerja dakwah Islam. Ilmu dan dakwah bukan di takuk yang berbeza. Tiada sampingan antara keduanya, dan yang penting sekali selaku mahasiswa yang menjadi 'check and balance' dalam masyarakat perlu terus peka dengan keadaan semasa yang berlaku pada hari ini.

Untuk pesanan ringkas dari saya... Semoga kita bersama-sama diberi kelancaran untuk menjawab soalan yang diberikan nanti dan ingatlah kepada Allah swt, mohonlah keredhaan dan keberkatan dari individu sekeliling kita terutama Ibu Bapa, Pensyarah dan sahabat2 seperjuangan yang berada disamping kita. Suka duka itu adalah lumrah hidup, tetapi kita yang mencoraknya ke arah yang lebih positif. Akhir sekali, jaga kesihatan rohani dan jasmani kalian.

Salam Perjuangan Buat Teman-teman.

Wassalamualaikum,
Fasihah.

Mar 6, 2009


Ya Rasulullah..
Ingin sekali diri ini bersua denganmu..
Ku hayati sirah agungmu..
Bertafakur aku sendirian..
Menginsafi diri..

Dirimu..
Membawa rahmat ke alam ini..
Utusan al-Khaliq penyampai wahyu..
Qudwah hasanah seluruh umat
Menggalas amanah dariNya..

Ya Rasulullah..
Walau dirimu telah lama meninggalkan kami..
Namun 2 perkara yang engkau wasiatkan
masih di sisi..
Al-quran sebagai pegangan
Sunnahmu menjadi ikutan

Ya Rasulullah..
Sesekali hati ini resah
Memikirkan keadaan umat di akhir zaman ini
Ada yang semakin jauh dan tenggelam
Dengan keseronokan dunia..
Perpecahan ummah kian ketara..
Musuh-musuh Islam semakin mara..

Ya Allah..
Tetapkan kami dalam agamaMu
Thabatkan kami dalam perjuangan
Menegakkan Islam tercinta..
Tautkankanlah hati-hati ini
Untuk bersama hingga akhirnya..

Ya Rasulullah..
Moga kita kan bersua di sana kelak..
Amin..

Allahumma Salli 'ala Muhammad
Wa'ala aali Muhammad

~ SALAM MAULIDURRASUL ~







Mar 2, 2009

:: EMANSIPASI WANITA~~

Sejarah Hitam Penindasan Terhadap Wanita Dengan Nama “Emansipasi Wanita”

Sejarah penindasan terhadap wanita muslim berawal dari negeri Kan’an, Mesir, ketika penguasa Mesir pada waktu itu Muhammad Ali Basya mengadakan program penghantaran mahasiswa-mahasiswa muslim ke Prancis. Di antara mereka yang dihantar adalah Rif’at Rafi’ Ath-Thahthawi (w. 1290 M). Dialah orang yang pertama kali mewujudkan propaganda terhadap emansipasi wanita ini setelah beliau pulang dari Prancis. Kemudian, bermulalah gerakan setan ini di seluruh pelusuk dunia.


Negara yang pertama memperkenalkan gerakan emansipasi wanita ini ialah Mesir. Ketika itu ramai orang terpengaruh dengan pemikiran Rif’at ini yang kebanyakan mereka adalah para intelektual muslim hasil didikan Barat dan orang Nashrani, diantaranya adalah:

  • Markus Fahmi, dalam bukunya Al-Mar’atu fi Asy-Syarqi (Wanita Timur).
  • Ahmad Luthfi As-Sayyid orang pertama yang membawa wanita-wanita Mesir ikut serta belajar di perguruan tinggi dan mencampur baurkan mereka dengan kaum lelaki dengan menanggalkan busana muslimahnya. Dan ini sejarah pertama yang tercatat di Mesir dan mendapat dukungan dari Thaha Husain
  • Qasim Amin, orang kedua setelah Rif’at yang menjadi propagandis terkenal dalam gerakan emansipasi wanita. Dia menulis buku yang terkenal Tahriirul Mar’at (Emansipasi Wanita). Yang banyak mendapat kecaman daripada para ulama baik di Mesir, Syam dan Iraq dan dia dihukumi murtad oleh mereka. Akan tetapi tidak lama kemudian dia menulis buku lagi yang berjudul Al-Mar’atu Al-Jadiidatu (Wanita Modern), maksudnya adalah: mengubah wanita muslimah kepada wanita Eropah.
  • Ratu Naziliy Abdurrahman Shabriy, seorang muslimah yang telah murtad dan telah menganut agama Kristen. Dia merupakan salah satu pendukung kuat gerakan “Emansipasi Wanita” .
  • Huda Sya’rawi, pemimpin gerakan wanita di Kairo yang meneruskan Emansipasi Wanita pada tahun 1337 M. Dan kongres mereka yang pertama kali dilangsungkan di gereja Al-Marqashiyah di Mesir tahun 1338 M. Huda Asy-Sya’rawi adalah wanita muslimah Mesir pertama kali yang menanggalkan hijab.

Mereka semua ini saling bantu-membantu memperjuangkan gerakan iblis ini untuk mengaburi wanita-wanita muslimah dengan menggunakan surat khabar, yang merupakan saluran utama yang paling efektif untuk menyebarkan gerakan ini. Maka muncullah surat khabar dengan nama “Majalah As-Sufur (Majalah Pornografi)” pada tahun 1318 M, yang isinya tidak lain merosak wanita muslimah melalui perkara-perkara berikut:

  1. Menampilkan gambar-gambar wanita seksi.
  2. Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan.
  3. Fahaman sesat tentang “Wanita adalah pasangan lelaki” maksudnya wanita itu sama dengan lelaki dalam semua hal.
  4. Mempersendakan Islam kerana ajaran Islam menyatakan lelaki adalah pemimpin bagi wanita.
  5. Menampilkan busana ala Barat dan model kolam renang bagi wanita.
  6. Menampilkan gambar-gambar wanita seksi di tempat-tempat hiburan, kafe, bar dan lain-lain lagi.
  7. Menampilkan filem-filem porno yang merosak kehormatan wanita.
  8. Menyanjung bintang filem, penyanyi, artis dan seumpamanya.

Kemudian gerakan ini dengan cepat telah tersebar ke seluruh negara-negara Islam sehingga dikeluarkanlah undang-undang tentang pelarangan hijab di berbagai Negara, antara lain:

Di Turki, pada tahun 1456 M Mushthafa Kemal At-Tatruk mengeluarkan undang-undang tentang pelarangan hijab. Kemudian pada tahun 1348 M wujudnya undang-undang baru buatan Swiss yang diberi nama UU Konvensional New Castle yang melarang poligami bagi lelaki muslim. Sejak saat itulah wanita muslimah Turki sudah tidak ada bezanya lagi dengan wanita Swiss, mereka tidak malu-malu lagi memakai busana Barat yang menampakkan aurat mereka, Wal’iyadzu Billah.

Di Iran, pada tahun 1344 M Ridha Bahlawi telah mengeluarkan undang-undang pelarangan hijab bagi wanita Iran.

Di Afghanistan, Muhammad Aman juga mengeluarkan undang-undang yang sama. Hal yang sama juga dilakukan oleh Ahmad Zogho di Albania.

Dan di Tunis pada tahun 1421 M Abu Ruqaibah mengeluarkan undang-undang tentang larangan hijab dan poligami. Dan barang siapa yang melanggar akan dikenakan hukuman penjara selama setahun atau dikenakan denda. Di samping itu dia juga mengeluarkan beberapa undang-undang lain yang isinya menentang syariat Islam seperti: Undang-undang yang memberikan kebebasan penuh kepada wanita jika telah berusia 20 tahun untuk memilih pasangan hidupnya tanpa persetujuan dari kedua orang tuanya, dan juga undang-undang yang isinya hukuman bagi orang yang menikahi dua orang wanita secara halal dan membebaskan bagi mereka yang menikahi 10 orang wanita secara haram. Di samping itu, terdapat juga papan-papan tanda di jalanan, di mana di setiap lapangan ada dua buah papan, yang satu menggambarkan sebuah keluarga yang memakai busana islami dengan tanda (x) dan yang satu menggambarkan sebuah keluarga yang memakai pakaian ala barat dengan tanda (v) di bawahnya tertulis “Jadilah kalian seperti mereka”.

Selain Abu Ruqaibah, Ath-Thahir Al-Haddad juga menyebarkan gerakan setan ini di Tunisia dia telah menulis sebuah kitab yang berjudul “Imroatuna fi Asy-Syari’ah wal Mujtama’ (Wanita Kita dalam pandangan Syari’at dan Masyarakat)” bagi menyebarkan gerakan emansipasi wanita sehingga dua orang mufti dari madzhab Maliki menghukuminya murtad keluar dari agama. Selanjutnya dia dan hasil penulisannya dipulaukan sehingga akhir hayatnya pada tahun 1353 M. Dia meninggal dalam keadaan yang sangat memalukan dan tidak ada seorangpun yang menghantar jenazahnya selain keluarga dan beberapa temannya saja. Dia termasuk orang yang gemar musik, suka pergi ke kafe dan bar serta menganut fahaman sosialis.

Di Ira’ gerakan “Emansipasi Wanita” dibawa oleh Az-Zahawiy dan Ar-Rashafiy sebagaimana yang disebutkan dalam kitab “Peristiwa-peristiwa politik dari sejarah Ira’ yang baru” halaman 91-143.

Di Aljazair keadaannya lebih parah lagi sebagaimana dalam kitab At-Targhib fi Al-Fikri wa As-Siyasah wa Al-Iqtishad (Westernisasi dalam bidang Pemikiran, Politik dan Ekonomi) halaman 133-139 disebutkan sebuah kisah yang memilukan, iaitu: pada tanggal 13 Mei 1958 M pemerintah memerintahkan seorang khatib Jumaat menyampaikan khutbah tentang larangan berhijab pada semua wanita Islam. Maka khatib melaksanakannya, dan setelah selesai solat, salah seorang wanita Aljazair berdiri memegang mikrofon mengajak teman-temannya untuk membuka hijab, lalu dia membuka hijabnya dan diikuti oleh wanita-wanita lain. Dan kejadian serupa juga terjadi di beberapa kota di Aljazair bahkan di ibu kota Aljazair sendiri.

Di Morocco dan Syam serta keempat-empat Negara yang termasuk di dalamnya: Libanon, Suria, Yordania dan Palestina gerakan “Emansipasi Wanita” juga berkembang pesat. Buku pertama kali yang muncul di Syam berkenaan dengan masalah ini ditulis tahun 1347 M -10 tahun setelah meninggalnya Qasim Amin- oleh Nadzirah Zainuddin dengan judul As-Sufur dan Al-Hijab yang diberi kata pengantar oleh ‘Ali ‘Abdurrazaq penulis buku “Islam wa Ushulul Hukm” buku rujukan utama bagi kaum sekuler yang di Mesir sendiri mendapat tantangan keras dari para ulama.

Di India dan Pakistan, gerakan “Emansipasi Wanita” dengan kedua sayapnya “Kebebasan & Persamaan (Gender)” mulai muncul pada tahun 1370 M dengan diterjemahkannya kitab Qasim Amin “Tahrirul Mar’at” ke dalam bahasa Urdu. Lalu diikuti dengan berbagai tulisan di media cetak. Ini semua tercantum secara lengkap dalam buku “Pengaruh Pemikiran Barat Terhadap Kerusakan Masyarakat Muslim di Semenanjung India” karangan Khadim Husain hal. 182-195.

Ini sejarah singkat tentang gerakan iblis dengan nama “Emansipasi Wanita” yang telah banyak memakan korbannya dari kalangan wanita muslimah di berbagai belahan dunia Islam.

Kisah yang Memilukan

a. Kisah Pertama: ketika Sa’ad Zaghlul pulang dari Inggris -dengan membawa pemikiran sesatnya untuk merusak Islam dari dalam- untuk menyambut kedatangannya di bandara dibuatlah dua panggung, satu khusus untuk laki-laki dan yang lain untuk wanita dengan memakai hijab. Begitu Sa’ad Zaghlul turun dari pesawat, dia langsung menuju panggung khusus wanita dan disambut langsung oleh Huda Sya’rawi yang pada waktu itu memakai hijab agar dilepas oleh Sa’ad. Lalu Sa’ad pun melepaskan hijab dari Huda yang diikuti serentak oleh wanita-wanita yang hadir pada saat itu dengan bersorak-sorai.

b. Kisah Kedua: Shafiyah bintu Mushthafa Fahmi, isteri Sa’ad Zaghlul yang setelah menikah dengannya dia mengganti namanya menjadi Shafiyah Hanim Sa’ad Zaghlul, dengan menisbahkan dirinya sebagai istri ke nama suaminya sebagaimana kebiasaan wanita-wanita barat setelah mereka menikah. Pada sebuah demonstrasi wanita yang berlangsung di depan istana Nil, dia melepas hijab yang diikuti secara serentak oleh para wanita yang lain. Kemudian mereka menginjak-injaknya dan membakarnya bersama-sama. Oleh karena itu lapangan tempat terjadinya peristiwa tersebut dengan nama “Maidan At-Tahrir “ (Lapangan Kebebasan).

Apa Isi Dan Akibat Buruk Dari Gerakan Iblis “Emansipasi Wanita” Ini ?

Gerakan “Emansipasi Wanita (Tahrirul Mar’ah)” ini terdiri dari dua pokok masalah:

1. Kebebasan Wanita (Hurriyatul Mar’ah)

  • Mengajak wanita untuk melepas hijab, lambang kehormatan mereka dan menghilangkan rasa malu dari diri mereka. Sehingga banyak negara islam yang mengeluarkan undang-undang larangan hijab bagi kaum muslimah, memberikan sanksi kepada mereka yang memakai hijab dengan hukuman satu tahun penjara atau denda atau mengintimidasi mereka yang berhijab, seperti yang terjadi di Turki, Tunisia, Iran, Afghanistan, Albania, Somalia dan Aljazair.
  • Menawarkan mode dan berpakaian ala barat dengan bantuan mass media baik cetak maupun elektronik. Sehingga banyak kita jumpai wanita-wanita muslimah yang memiliki kesibukan dan hobby baru yaitu membaca dan mengikuti perkembangan mode dan busana ala barat.

2. Persamaan antara Wanita dan Pria (Gender/Al-Musaawatu Bainal Mar’ati Wa Ar-Rajul)

  • Mengajak wanita untuk keluar rumah untuk bersama-sama kaum lelaki bekerja di segala bidang kehidupan.
  • Gerakan ini membawa beberapa pemikiran yang kesemuanya merusak wanita muslimah dan mencabik-cabik kehormatannya. Banyak sekali dampak negatif dari gerakan ini, diantaranya:
    • Merebaknya gambar-gambar porno dan tayangan-tayangan yang tidak senonoh dan melanggar norma-norma masyarakat dan agama.
    • Menyebarnya perzinaan dan praktek-praktek prostitusi di masyarakat dan tidak jarang diantaranya yang dilegalkan. Dan lebih parahnya lagi munculnya kaum homo dan lesbian yang dahulu sama sekali tidak dikenal oleh masyarakat islam.
    • Tuntutan kuat untuk membatalkan hukum islam dalam masalah hudud terutama yang berkenaan dengan masalah zina.
    • Munculnya praktek-praktek medis yang melanggar syar’i sebagai dampak dari perzinaan seperti: aborsi, munculnya alat-alat baru untuk mencegah kehamilan, anjuran untuk KB, adanya bayi tabung, sewa rahim perempuan lain dll.
    • Munculnya undang-undang yang bertentangan dengan syariat Islam seperti: larangan poligami, perempuan juga memiliki hak untuk menceraikan suaminya, perempuan yang sudah dewasa usia 20 tahun bebas memilih pasangan hidupnya sendiri meskipun tanpa izin orang tua atau walinya, perempuan memiliki hak waris yang sama dengan laki-laki dll.
    • Timbulnya berbagai macam penyakit masyarakat seperti: banyaknya anak-anak terlantar akibat perzinaan, menyebarnya kenakalan remaja akibat salah urus karena orang tua mereka sibuk dengan karier dan pekerjaan, munculnya penyakit-penyakit kelamin yang sampai sekarang susah dicarikan obatnya, munculnya perselingkuhan di kalangan keluarga, naiknya angka perceraian, meningkatnya jumlah perawan-perawan tua karena perzinaan dll.
    • Hilangnya rasa malu dari diri wanita muslimah dan tumbuhnya rasa kurang PD dengan busana Islami yang dianjurkan agama Islam.

Template by:
Free Blog Templates