Jun 16, 2009

Solat Dhuha~ murahkan rezeki

Ada sesetengah yang menganggap solat dhuha remeh,menganggu tugas seharian dan sebagainya. Namun ramai yang masih tidak tahu banyak kelebihan dari solat sunat dhuha ini jika diamalkan secara berterusan.

ada yang terkesan jika tidak bersolat dhuha ini..merasakan kerja tidak sempurna. badan lemah seharian dan semua perkara tidak kena. jika melakukan dhuha pula merasakan diri terurus dengan sempurna, hati tenang dan semua urusan terasa mudah.

Solat sunat Dhuha juga antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam sendiri ialah sembahyang sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, Antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:-

Maksudnya :”Kekasihku Rasullullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat sembahyang Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan”( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim )


Dalam riwayat yang lain Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam pernah bersabda yang maksudnya : “Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah ( sebagai ganti ) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat sembahyang Dhuha .”( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim )


Siapa yang istiqamah bersembahyang sunat dhuha, maka dosanya akan diampuni Allah walaupun sebanyak buih di lautan.
“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya aku segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)


Waktu dhuha
....

Waktu mengerjakan solat Dhuha adalah satu jam setelah matahari terbit sampai sepenggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.
Diriwayatkan dari Abu Zar, bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda:
"Dua rakaat solat dhuha mencukupi sedekah untuk seluruh badan manusia".

Cara menunaikannya....

Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud:“Adalah Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehendakinya.”(Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)

doa selepas solat sunat dhuha

YA ALLAH,
BAHAWASANYA WAKTU DHUHA ITU WAKTU DHUHAMU,KECANTIKAN ITU IALAH KECANTIKANMU,KEINDAHAN ITU KEINDAHANMU, KEKUATAN ITU KEKUATANMU, KEKUASAAN ITU KEKUASAANMU DAN PERLINDUNGAN ITU PERLINDUNGANMU.

YA ALLAH,

JIKA REZEKIKU MASIH DI ATAS LANGIT,TURUNKANLAH DAN JIKA ADA DI BUMI, KELUARKANLAH.JIKA SUKAR, MUDAHKANLAH.JIKA IA DARI YANG HARAM, SUCIKANLAH.JIKA MASIH JAUH, DEKATKANLAH. BERKAT WAKTU DHUHA, KEAGUNGAN,KEINDAHAN,KEKUATAN DAN KEKUASAANMU, LIMPAHKANLAH KEPADA HAMBA-HAMBAMU YANG SOLEH.
AMIN..

...Istiqamahlah dengan dhuha disamping menjaga solat wajib yang dituntut oleh Allah...

....dengan niat kita ikhlas mencari redha Allah, Allah akan mudahkan segalanya....






0 comments:

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates